Lelaki Pakistan ditahan cabul pelajar ketika ke kelas

Seorang lelaki warga Pakistan ditahan kerana disyaki mencabul seorang penuntut wanita sebuah universiti dalam kejadian di Jalan Ayer Keroh Lama, Isnin lalu.
Seorang lelaki warga Pakistan ditahan kerana disyaki mencabul seorang penuntut wanita sebuah universiti dalam kejadian di Jalan Ayer Keroh Lama, Isnin lalu.
A
A
A

MELAKA - Seorang lelaki warga Pakistan ditahan kerana disyaki mencabul seorang penuntut wanita sebuah universiti dalam kejadian di Jalan Ayer Keroh Lama, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu berlaku ketika mangsa berusia 21 tahun berjalan kaki untuk pergi ke kelas.

“Ketika melalui kawasan tangga berhampiran medan selera Ixora, mangsa bertembung dengan suspek yang datang dari arah bertentangan.

“Semasa memberi laluan, lelaki terbabit secara tiba-tiba memeluk dan mencium pipi mangsa, "katanya pada Jumaat.

Menurutnya, mangsa yang terkejut cuba melarikan diri namun berlaku sedikit pergelutan sehingga menyebabkan kecederaan pada bahagian lengannya.

Tambah beliau, mangsa kemudian membuat laporan polis sebelum suspek berjaya ditahan orang awam kira-kira jam 1 pagi pada Khamis di belakang sebuah restoran di Bukit Beruang, sebelum diserahkan kepada pihak polis.

“Suspek berusia 31 tahun dan bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai makan.

"Siasatan juga mendapati suspek turut memiliki satu rekod lampau membabitkan kesalahan dengan Jabatan Imigresen,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Kata Christopher, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan wanita.

Dalam pada itu, gambar suspek turut tular di media sosial dengan keterangan ‘lelaki miang' dan penduduk sekitar Bukit Beruang dinasihat berhati-hati.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!