Usia 35 tahun masih didukung

Mat Jusoh berharap jika ada pihak yang sudi membantu Siti Nur Sarnizi dengan membuat atau menyumbangkan sebuah kereta sorong khas bagi memudahkan untuk mereka membawa gadis tersebut ke sana sini.
Mat Jusoh berharap jika ada pihak yang sudi membantu Siti Nur Sarnizi dengan membuat atau menyumbangkan sebuah kereta sorong khas bagi memudahkan untuk mereka membawa gadis tersebut ke sana sini.
A
A
A

TUMPAT - Usianya sudah mencecah 35 tahun, namun Siti Nur Sarnizi Mat Jusoh masih perlu didukung oleh ayah dan ibunya yang berusia 67 tahun untuk ke mana-mana selepas mengalami kecacatan kekal sejak berumur enam bulan.

Semua itu itu berlaku selepas anak keempat daripada lima beradik dari Kampung Bendang Pak Yong ini mengalami demam panas menyebabkan gadis berkenaan perlu dijaga seperti anak kecil oleh kedua ibu bapanya, Mat Jusoh Mat Sin dan Siti Timah Yasak.

Menurut Mat Jusoh, dengan berat badan mencecah hampir 35 kilogram, ia tidak menjadi masalah buatnya untuk mendukung anak perempuannya itu setiap kali ingin ke tandas atau bergerak di dalam rumah walaupun dia sendiri sudah berusia.

Warga emas yang bekerja sebagai petani itu berkata, yang menjadi halangan sekarang apabila isterinya sudah sukar untuk berbuat demikian untuk anak gadis mereka itu.

"Saya terpaksa keluar bekerja, tinggal isteri seorang di rumah menguruskan Siti Nur Sarniza.

"Dia sudah tidak larat hendak mendukung atau mengangkatnya seorang diri.

"Setiap kali ingin membawanya ke tandas dia terpaksa meminta tolong jiran serta sanak saudara berhampiran. Hendak tunggu saya pulang kesian pada anak," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Usianya sudah mencecah 35 tahun, namun Siti Nur Sarnizi Mat Jusoh masih perlu diuruskan oleh ayah dan ibunya yang berusia 67 tahun untuk ke mana-mana selepas mengalami kecacatan kekal sejak berumur enam bulan.

Dia memberitahu, sebagai ibu bapa walaupun keadaan anaknya tidak sempurna namun ingin memberikan yang terbaik walaupun mereka sendiri sudah tidak larat dari segi kudrat.

Ujarnya, anak-anak lain sudah berumah tangga dan tinggal berjauhan.

Mat Jusoh berharap jika ada pihak yang sudi membantu Siti Nur Sarnizi dengan membuat atau menyumbangkan sebuah kereta sorong khas bagi memudahkan untuk mereka membawa gadis tersebut ke sana sini.

"Setakat ini dengan bantuan bulanan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) sebanyak RM500 hanya cukup untuk keperluan lampin pakai buang, susu khas serta makanan lain dan ubat-ubatan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!