Insiden bot terbalik: Ibu meraung selepas proses pengecaman anak

Suasana pilu menyelubungi Hospital Shah Alam ketika pengecaman mayat pasangan suami isteri yang maut dalam insiden bot terbalik di Tanjung Harapan.
Suasana pilu menyelubungi Hospital Shah Alam ketika pengecaman mayat pasangan suami isteri yang maut dalam insiden bot terbalik di Tanjung Harapan.
A
A
A

SHAH ALAM – Suasana hiba menyelubungi kawasan sekitar Jabatan Forensik Hospital Shah Alam pada Ahad ketika urusan pengecaman mayat pasangan suami isteri yang maut dalam insiden bot terbalik di perairan Tanjung Harapan.

Tinjauan Sinar Harian mendapati ibu dan bapa mangsa dibenarkan masuk ke unit forensik pada jam 12.05 tengah hari dalam keadaan tenang, bersama dua lagi wakil yang dipercayai abang kepada mangsa wanita bagi menjalani proses pengecaman.

Bagaimanapun, suasana bertukar pilu apabila seorang wanita yang dipercayai ibu kepada salah seorang mangsa dilihat meraung sebaik sahaja urusan pengecaman mayat dijalankan.

Beberapa individu dipercayai ahli keluarga mangsa insiden bot terbalik berada di pekarangan Unit Forensik Hospital Shah Alam pada Ahad.
Beberapa individu dipercayai ahli keluarga mangsa insiden bot terbalik berada di pekarangan Unit Forensik Hospital Shah Alam pada Ahad.

Beberapa individu dipercayai ahli keluarga mangsa enggan memberikan sebarang kenyataan kepada media, dan hanya memaklumkan bahawa proses bedah siasat selesai kira-kira jam 4 petang.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan bahawa mayat pasangan suami isteri yang hilang dalam insiden bot terbalik di perairan Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang telah ditemui pada pagi Ahad.

Terdahulu, media melaporkan bahawa tiga individu, termasuk seorang kanak-kanak, maut manakala sepasang suami isteri dilaporkan hilang apabila bot dinaiki mereka terbalik dalam kejadian pada Jumaat lepas.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!