Lelaki maut motosikal terbabas langgar tiang elektrik

Keadaan motosikal mangsa selepas kemalangan.
Keadaan motosikal mangsa selepas kemalangan.
A
A
A

PASIR GUDANG — Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Jalan Mesjid, di sini, pada Isnin.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak, kemalangan tersebut dipercayai berlaku kira-kira jam 11.05 malam.

"Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa, seorang lelaki warga tempatan berusia 20 tahun, sedang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dari arah Johor Bahru menuju Kampung Sentosa, Masai.

"Sebaik tiba di lokasi, mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sebelum melanggar tiang elektrik di bahu kanan jalan.

"Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian juga diminta tampil memberikan maklumat di talian 07-3864222 bagi membantu siasatan.

Pihak polis turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa memandu secara berhemah dan mematuhi peraturan lalu lintas demi keselamatan bersama.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!