Petani muda cipta alat tabur benih padi, baja pertama di Kelantan

Ahmad Zailani (kiri, hadapan) sedang menyiapkan kerja-kerja menabur benih padi menggunakan alat khas yang dicipta.
Ahmad Zailani (kiri, hadapan) sedang menyiapkan kerja-kerja menabur benih padi menggunakan alat khas yang dicipta.
A
A
A

KOTA BHARU – Berbekalkan modal RM3,000, seorang petani muda dari Beta Hilir di sini mencipta alat khas untuk menabur benih padi dan baja yang merupakan inovasi pertama seumpamanya di Kelantan.

Ahmad Zailani Mustafa, 33, berkata, idea itu tercetus selepas menonton video petani di Thailand melalui platform TikTok sebelum mula mereka bentuk alat tersebut pada Mac lalu.

“Saya ambil masa tiga bulan untuk siapkan alat khas ini. Dua kali cuba baru menjadi. Alhamdulillah sekarang sudah boleh guna sepenuhnya,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Berbekalkan modal RM3,000 dan tidak mudah patah semangat, seorang petani muda, Ahmad Zailani dari Beta Hilir di Kota Bharu mencipta alat khas untuk menabur benih padi dan baja yang merupakan inovasi pertama seumpamanya di Kelantan.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai KADA Jajahan Kota Bharu Utara, Shazlan Shokri dan Pegawai Pertanian, Mohd Faisal Yusoff.

Menurut Ahmad Zailani yang menceburi bidang penanaman padi sejak usia tujuh tahun itu, alat ciptaannya bukan sahaja menjimatkan masa tetapi tenaga dan kos.

“Sebelum ini, nak menabur benih padi di kawasan seluas lapan hektar ambil masa hampir seminggu dan saya perlu upah orang. Tapi kini hanya tiga hari sudah siap,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Lebih menarik, alat itu mampu memuatkan sehingga 100 kg benih padi dalam satu masa, jauh lebih banyak berbanding dron yang hanya boleh menampung sekitar 10 kg sahaja.
Lebih menarik, alat itu mampu memuatkan sehingga 100 kg benih padi dalam satu masa, jauh lebih banyak berbanding dron yang hanya boleh menampung sekitar 10 kg sahaja.

Dia memberitahu, lebih menarik, alat itu mampu memuatkan sehingga 100 kilogram (kg) benih padi dalam satu masa, jauh lebih banyak berbanding dron yang hanya boleh menampung sekitar 10 kg sahaja.

Ahmad Zailani berkata, inovasi tersebut bukan sahaja memudahkan kerja sebagai petani, malah mampu membantu meningkatkan hasil tuaian jika digunakan secara meluas.

“Saya harap alat ini dapat memberi manfaat kepada petani lain juga. Pihak KADA pun banyak memberi sokongan dan galakan kepada saya,” ujarnya lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!