Umat Islam diseru kukuhkan iman sempena Maal Hijrah

Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail menyampaikan titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sempena Sambutan Maal Hijrah 1447H peringkat Negeri yang berlangsung di Wisma Darul Iman, pada Jumaat.
Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail menyampaikan titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sempena Sambutan Maal Hijrah 1447H peringkat Negeri yang berlangsung di Wisma Darul Iman, pada Jumaat.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Umat Islam diseru agar memperkukuhkan keimanan dan mengambil semangat hijrah untuk memperbaiki diri serta membina masyarakat yang berlandaskan nilai Islam sejati.

Seruan itu dizahirkan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dalam titah sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah 1447H peringkat Negeri Terengganu yang berlangsung di Wisma Darul Iman, di sini, pada Jumaat.

Titah berkenaan disampaikan oleh putera baginda, Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin.

Dalam titah tersebut baginda menyeru agar umat Islam berusaha menjadi ummah yang sejati bertepatan dengan tema sambutan tahun ini iaitu ‘Membangun Ummah Madani’.

Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail bersalaman bersama tetamu yang hadir sempena Sambutan Maal Hijrah 1447H peringkat Negeri yang berlangsung di Wisma Darul Iman, pada Jumaat.
Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail bersalaman bersama tetamu yang hadir sempena Sambutan Maal Hijrah 1447H peringkat Negeri yang berlangsung di Wisma Darul Iman, pada Jumaat.

"Beta menyeru agar umat Islam mengambil semangat hijrah ini untuk memperbaiki diri, rohani dan jasmani, memperkukuh institusi keluarga dan masyarakat serta memperelokkan hubungan dengan ALLAH SWT.

"Sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, bermaksud, 'Orang yang berhijrah itu ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh ALLAH’," titah baginda.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Sultan Mizan turut menzahirkan harapan agar sambutan Maal Hijrah dijadikan detik muhasabah diri khususnya buat golongan belia sebagai pewaris masa depan negara.

"Beta menyeru agar belia Muslim menjadikan semangat hijrah sebagai inspirasi untuk melakukan anjakan diri secara menyeluruh daripada kelemahan kepada kekuatan, kejahilan kepada keilmuan serta daripada kelesuan kepada kesungguhan dalam membina ummah yang cemerlang," titah baginda.

Pada majlis tersebut, Tengku Muhammad Ismail turut berkenan menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri kepada Pakar Perunding Nefrologi di Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Ghazali Ahmad sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan jasa beliau.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!