Projek rintis WBB dibatalkan, KKM bakal tubuh jawatankuasa khas

Tangkap layar kenyataan Dr Dzulkefly pada Jumaat.
Tangkap layar kenyataan Dr Dzulkefly pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Projek rintis Waktu Bekerja Berlainan (WBB) dibatalkan bagi memberi laluan kepada kajian yang lebih mendalam dan menyeluruh.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Jemaah Menteri memutuskan perkara tersebut selepas mengambil kira pertimbangan dan pandangan semua pihak.

Justeru, menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menubuhkan satu jawatankuasa khas yang bakal dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Abu Bakar Suleiman.

Menurutnya, segala terma rujukan jawatankuasa itu berkaitan pemerkasaan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat dan penjadualan waktu kerja.

“Isu WBB dirujuk kepada Jemaah Menteri hari ini. Setelah mengambil kira segala pertimbangan, Jemaah Menteri memutuskan untuk membatalkan projek rintis WBB bagi memberi laluan kepada satu kajian yang lebih mendalam dan menyeluruh.

“KKM akan meneruskan usaha untuk mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan adil buat semua terutamanya petugas kesihatan,“ katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan pelaksanaan WBB bertujuan mengurangkan keletihan dan meningkatkan kualiti hidup serta kebajikan petugas kesihatan.

Difahamkan, sistem tersebut mengurangkan tempoh bekerja ‘on-call’ aktif daripada maksimum 33 jam kepada 18 jam untuk setiap sesi kerja kakitangan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!