Inisiatif Laluan Makkah permudah urusan lebih satu juta jemaah

INISIATIF Laluan Makkah yang kini memasuki tahun ketujuh telah memberi manfaat kepada lebih satu juta jemaah sejak ia mula diperkenalkan. -Foto: WE NEWS
INISIATIF Laluan Makkah yang kini memasuki tahun ketujuh telah memberi manfaat kepada lebih satu juta jemaah sejak ia mula diperkenalkan. -Foto: WE NEWS
A
A
A

DI sebalik jutaan langkah menuju Tanah Suci setiap musim haji, terselit usaha besar Kerajaan Arab Saudi dalam memastikan kelancaran ibadah jemaah seawal dari tanah air mereka lagi.

Inisiatif Laluan Makkah yang kini memasuki tahun ketujuh pelaksanaannya menjadi antara bukti kesungguhan Arab Saudi dalam memperkasa urusan jemaah haji dari seluruh dunia.

Menurut laporan Saudi Gazette, lebih satu juta jemaah telah mendapat manfaat daripada program tersebut sejak ia mula diperkenalkan.

Menerusi inisiatif melibatkan kerjasama pelbagai kementerian dan agensi kerajaan serta pihak berkuasa lain, ia memberi impak besar terhadap kelancaran perjalanan tetamu ALLAH dari tujuh buah negara terpilih.

“Negara-negara yang terlibat dalam fasa pelaksanaan terkini termasuklah Malaysia, Indonesia, Pakistan, Bangladesh, Maghribi, Turki dan Ivory Coast.

“Ia merupakan sebahagian daripada Program Pengalaman Jemaah di bawah Wawasan Saudi 2030 yang mempermudah prosedur perjalanan bagi jemaah membabitkan 11 lapangan terbang di tujuh buah negara terbabit,” katanya dipetik menerusi portal berita berkenaan.

Berbeza daripada prosedur biasa, inisiatif itu membolehkan urusan penting seperti pengambilan data biometrik, pemprosesan pasport dan pengeluaran visa elektronik diselesaikan lebih awal di lapangan terbang negara asal.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!