Nenek Sumbuk tunai haji pada usia 109 tahun

NENEK SUMBUK (berkerusi roda) berlepas pada 17 Mei lalu selamat tiba di Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji. -Foto: HAJI.KEMENAG.GO.ID
NENEK SUMBUK (berkerusi roda) berlepas pada 17 Mei lalu selamat tiba di Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji. -Foto: HAJI.KEMENAG.GO.ID
A
A
A

JIKA dihitung, usianya sudah lanjut dan kudratnya tidak sekuat dahulu, namun semangat warga emas berusia 109 tahun dari Indonesia untuk memulakan perjalanan haji ke Tanah Suci begitu membara.

Wanita yang mesra dipanggil Nenek Sumbuk itu menjadi jemaah haji tertua dari negara itu pada musim haji ini.

Beliau ditemani oleh anak perempuan bernama Sukmi berlepas ke Arab Saudi pada 17 Mei lalu.

Sebagai persediaan menunaikan Rukun Islam kelima itu, Nenek Sumbuk menerima penjagaan dan sokongan rapi daripada Kelompok Bimbingan Ibadah Haji dan Umrah (KBIHU).

Lapor Radio Republik Indonesia, beberapa kemudahan khas turut disediakan sepanjang perjalanan rohaninya itu termasuk kerusi roda dan seorang pembantu peribadi.

Tatkala ditanya tentang doa mahu dipanjatkan di Tanah Haram itu, Nenek Sumbuk menjawab dalam bahasa Jawa yang kemudian diterjemahkan Sukmi.

“Doa saya semoga haji saya diterima dan diberkati,” katanya menerusi portal haji.kemenag.go.id baru-baru ini.

Walaupun pendengaran semakin lemah dan pergerakannya terbatas, Nenek Sumbuk dilihat masih mampu berseloroh.

Artikel Berkaitan:

Laman web Detik.com melaporkan, wanita berusia lebih seabad itu sempat bertanya kepada petugas ‘Di mana lemet (makanan diperbuat daripada ubi kayu parut dan gula jawa), nak? Kamu tahu tak, ada lemet di sini?’

Ketika bertemu dengan petugas media dari kampung halamannya pula, beliau begitu teruja sambil mengatakan ‘Ikut saja dengan saya ke Makkah. Kita bersama-sama saja, nak’.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!