Waspada jika terima tawaran haji guna visa mujamalah

MAKKAH - Individu yang menerima tawaran untuk menunaikan haji menggunakan visa mujamalah diingatkan supaya lebih berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan promosi pihak tidak bertanggungjawab terutama yang giat beriklan di media sosial.
Pengarah Operasi Pengelola Jemaah Haji (PJH), Anuar Ahmad berkata, visa mujamalah ialah visa khas yang dikurniakan Kerajaan Arab Saudi kepada individu atau agensi tertentu secara persendirian.
Menurutnya, rakyat Malaysia yang mendapat visa berkenaan dinasihatkan supaya melalui PJH yang sah dan berlesen di bawah Lembaga Tabung Haji (TH) untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu.
“Mereka kena buat permohonan melalui PJH semasa di tanah air lagi. Ini bermakna mereka melalui proses yang sama seperti jemaah haji lain termasuk perlu menjalani pemeriksaan kesihatan.
“Ini sebagai jaminan supaya kebajikan dan urusan haji mereka dapat dilakukan dengan baik sepanjang berada di Tanah Suci. Mereka akan dapat juga perkhidmatan-perkhidmatan di Tanah Suci kecuali tidak ada bantuan kewangan haji,” katanya.
Anuar menegaskan, orang ramai perlu berhati-hati dengan penawaran visa mujamalah bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.
“Jika harga dikenakan terlampau murah sangat kena berhati-hati, kalau terlampau mahal sangat pun, kena berhati-hati juga,” katanya.
Terdahulu beliau berkata, sebanyak 37 PJH telah dilesenkan oleh TH berbanding 25 sahaja pada tahun lepas.
Katanya, permohonan lesen dinilai ketat oleh TH dan selepas diluluskan, syarikat akan dipantau dari pelbagai aspek.
“Kami ada Sistem Agensi Haji (SAH) untuk bantu pantau dan nilai. Data soal selidik terus masuk dalam sistem. Pemantauan dibuat dari Malaysia hingga ke Tanah Suci.
“Penilaian PJH turut dibuat oleh jemaah haji menggunakan Kod QR,” katanya.
Tambah beliau, lesen PJH diperbaharui setiap tahun dan tiada jaminan automatik untuk tahun berikutnya.
“Mereka perlu sentiasa beri perkhidmatan terbaik. Setiap brosur yang diedarkan kepada jemaah haji dipantau. Kami lihat sama ada apa ditawarkan benar-benar dipatuhi dari segi jarak hotel, bilik penginapan, makanan dan sebagainya.
“Dalam tempoh 20 tahun ini tiada syarikat yang dihentikan lesen sepenuhnya. Namun ada yang dikenakan teguran dan denda atas kesilapan kecil. Semua aduan disiasat. Kita ada pasukan pemantau TH.
“Saya yakin dengan sistem yang ada dan pemantauan berterusan, kebajikan jemaah akan terus terpelihara,” katanya.
Untuk maklumat lanjut dan semakan senarai PJH yang sah, orang ramai disarankan melayari www.tabunghaji.gov.my.
Senarai PJH Dilesenkan oleh Tabung Haji bagi Tahun 1446H/2025M:
TH Travel & Services Sdn Bhd
Al Balad Travel & Tours Sdn Bhd
Alam Shah Travel & Tours Sdn Bhd
Alif Travel & Tours Sdn Bhd
Amani Travel Sdn Bhd
Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd
AZ Safir Travel and Tours Sdn Bhd
AZ Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd
Batuta Travel & Tours Sdn Bhd
Busyra Holidays Sdn Bhd
Citra Travel & Tours Sdn Bhd
CS Holidays Sdn Bhd
Eiman Travel & Tours Sdn Bhd
Felda Travel Sdn Bhd
Gemilang Travel and Tours Sdn Bhd
Glocal Travel & Tours Sdn Bhd
Harmony Excellence Holidays Sdn Bhd
In Saff Travel and Tours Sdn Bhd
JAD Travel & Tours (M) Sdn Bhd
Jay Ibrahim Travel & Tours Sdn Bhd
Juara Travel & Tours Sdn Bhd
Kawan International Travel Sdn Bhd
Kembara Umrah Sdn Bhd
KRS Travel Sdn Bhd
Mahabbaten Travel & Tours Sdn Bhd
MIMM Travel & Tours Sdn Bhd
MKM Ticketing Travel & Tours Sdn Bhd
Rayhar Travels Sdn Bhd
Samrah Travel Sdn Bhd
Syarikat Pelancongan Yaskin Sdn Bhd
Tiara Mass Travel & Tours Sdn Bhd
Titim Travel Sdn Bhd
TM Tours & Travel Sdn Bhd
Tri-D Travel & Tours Sdn Bhd
UTAS Travel & Tours Worldwide Holidays Sdn Bhd
Wira Saujana Travels & Tours Sdn Bhd
Zahafiz Travel & Tours Sdn Bhd
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!