Dua kereta diparkir luar pagar rumah dilanggar

Dua kereta milik seorang juruteknik dipakir di luar rumah dilanggar sebuah Proton Persona yang hilang kawalan (gambar tular)
Dua kereta milik seorang juruteknik dipakir di luar rumah dilanggar sebuah Proton Persona yang hilang kawalan (gambar tular)
A
A
A

SEREMBAN - Hari malang buat seorang juruteknik apabila dua kereta miliknya yang diparkir di luar rumah di Taman Bukit Seri Senawang di sini dilanggar kereta lain pada awal pagi, Isnin.

Kejadian kira-kira jam 5.40 pagi itu membabitkan Toyota Vios dan Perodua Myvi milik mangsa dan sebuah kereta Proton Persona.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintenden Muhd Amrul Yazid Anuar berkata, kaunter aduan trafik Seremban menerima maklumat kejadian jam 8.48 pagi.

"Siasatan awal mendapati, sebelum kejadian kereta Proton Persona dipandu lelaki berusia 22 tahun dari arah kilang Onn Semiconductor di Senawang.

"Lelaki itu mahu pulang ke rumahnya di taman perumahan terbabit, namun sebaik sampai di lokasi kejadian dipercayai telah hilang kawalan selepas mengelak sebuah kenderaan yang tidak pasti dari arah bertentangan, " katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Menurutnya, akibatnya kereta dipandu lelaki berkenaan telah melanggar kereta seorang penduduk di situ yang diparkir di luar rumah.

Ujarnya, kesemua yang terlibat telah pun membuat laporan berhubung insiden berlaku dan kes disiasat di Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!